Friday, May 24, 2024
HomeBERITAPDRM tubuh task force bagi memantau penguatkuasaan SOP PKPB seluruh negara

PDRM tubuh task force bagi memantau penguatkuasaan SOP PKPB seluruh negara

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, pihak polis tidak lagi menumpukan kepada sekatan jalan raya malah lebih fokus dari segi pematuhan SOP pergerakan.

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, pergerakan di antara negeri adalah masih lagi diperketatkan dan tidak dibenarkan.

Oleh itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan special task force operasi pematuhan bagi pemantauan dan penguatkuasaan SOP di seluruh negara.

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 14 agensi telah diberi kuasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan pematuhan PKPB ini.

“Agensi yang terlibat termasuklah PDRM, ATM, APM, Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia, Jabatan RELA, Jabatan Imigresen, Jabatan Kerja Raya, JPJ, MKN, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Keselamatan dan kesihatan Perkerjaan Malaysia, MITI, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta KPDNHEP.

“Malah jumlah ini akan ditambah dari masa ke semasa dan mesyuarat pagi tadi telahpun bersetuju bersetuju supaya Lembaga Permohonan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) juga dimasukan ke dalam special task force ini,” kata beliau dalam sidang media hari ini.

Selain itu, beliau berkata semua Ketua Polis Daerah (KPD) juga telah diarah untuk menubuhkan Pasukan Pemantauan PKPB di setiap peringkat daerah.

Pasukan terbabit akan dianggotai secara tetap oleh PDRM, ATM, RELA, APM dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam operasi terbabit.

Menurut beliau pendekatan ini diambil bagi memberi nasihat dan amaran kepada orang ramai dan sektor industri jika tahap pematuhan masih tidak memuaskan.

PDRM TUBUHKAN TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN BAGI PEMANTAUAN & PENGUATKUASAAN PEMATUHAN SOP PKPB DI SELURUH…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 05 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments