Wabak COVID-19 boleh menyerang dan menjangkiti sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau latar belakang.
Apabila seseorang disahkan positif, ada yang akan mula mendapat simptom dan bergejala seperti demam, selsema dan mengalami masalah kesukaran bernafas.
Namun apa yang lebih menyedihkan, ada golongan yang berisiko tinggi mendapat komplikasi teruk akibat jangkitan pandemik ini.
Mereka ialah warga emas yang menghidap penyakit kronik, individu obesiti dan juga perokok.
Risiko paling berbahaya ialah tiga golongan yang berpotensi mendapat serangan strok. Kepekatan darah yang tinggi akan mengakibatkan saluran darah pada otak mudah tersumbat atau pecah.
Menerusi laman media sosial Facebook @Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan panduan khas buat warga emas.
Nasihat KKM, jika warga emas yang menghidap penyakit kronik seperti diabetis, darah tinggi, masalah jantung atau buah pinggang, pastikan mereka tidak keluar rumah.
Dapatkan maklumat lanjut dari fasiliti kesihatan terdekat bagi mudahkan ibu bapa mendapat bekalan ubat.
Antara kemudahan yang disediakan KKM adalah khidmat penghantaran secara pos atau pandu lalu.
Bagi mengekalkan penjarakkan sosial di fasiliti kesihatan, antara cadangan yang sedang dipertimbangkan ialah pesakit perlu menunggu dalam kenderaan sehingga tiba giliran mereka.
Norma-norma baharu kini adalah realiti dan kita perlu mengatahui cara paling fleksibel agar mudah untuk dipraktikkan.
#COVID19
#StayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Golongan yang berisiko tinggi mendapat komplikasi yang teruk akibat jangkitan #COVID19:1. Warga emas yang menghidap…
Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Minggu, 03 Mei 2020

Leave a Reply