Monday, May 27, 2024
HomeBERITA17,835 PUS ditempatkan di pusat kuarantin seluruh negara

17,835 PUS ditempatkan di pusat kuarantin seluruh negara

Setakat jam 8.00 pagi tadi, kira-kira 17,835 Person Under Surveillance (PUS) telah ditempatkan di 245 pusat kuarantin seluruh negara.

Merujuk rekod sejak 3 April lalu, seramai 28,723 rakyat Malaysia dan warga asing dari luar negara yang pulang ke Malaysia telah dikuarantin secara wajib.

Daripada jumlah itu, sebanyak 12,056 PUS telah dikuarantin di 99 buah hotel yang meliputi 10 negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sarawak, Negeri Sembilan, Putrajaya, Melaka, Kedah, Sabah dan Kelantan.

Bilangan ini juga termasuklah rakyat yang pulang dari Indonesia, Thailand dan Singapura ditempatkan di 18 lokasi lain seperti Institusi Latihan Awam (ILA), Institut Penganjian Tinggi (IPT), Pusat Komuniti di Selangor, Sarawak, Kelantan, Sabah dan Pahang.

Manakala bilangan PUS yang telah discaj dan dibenarkan pulang sehingga kini adalah seramai 16,445 dan 222 lagi yang didapati bergejala COVID-19 dibawa dan dirawat di hospital.

Sehingga jam 8:00 pagi, 5 Mei 2020, jumlah keseluruhan person under surveillance (PUS) yang ditempatkan di 245 stesen…

Dikirim oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri pada Senin, 04 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments