Saturday, May 25, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 83 pulih, 30 kes baharu dan satu kematian direkodkan

COVID-19 : 83 pulih, 30 kes baharu dan satu kematian direkodkan

30 kes positif COVID-19 direkodkan dalam negara pada hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 6,383 kes.

Manakala jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 83 orang (71.55%) menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 4,567 kes.

Pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,710 orang.

Seramai 24 orang di rawat di ICU manakala lapan orang daripada jumlah terbabit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan satu kes kematian baharu dilaporkan pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 106 kes bersamaan 1.66%.

Dalam pada itu, KKM menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil kesempatan diatas kelonggaran PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan.

Kekalkan langkah pencegahan COVID-19 yang diamalkan sebelum ini demi membendung dan seterusnya memastikan rantaian wabak pandemik ini berjaya diputuskan.

#COVID19
#KawalanKendiri
#KitaJagaKita
#StrongerTogether
#KitaTeguhKitaMenang
#KitaMestiMenang
#StayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#MovementControlOrder

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 05 Mei 2020.Jumlah kes positif baharu pada hari ini adalah sebanyak 30…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Selasa, 05 Mei 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments