Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAPDRM lulus 401,253 permit pergerakan rentas negeri

PDRM lulus 401,253 permit pergerakan rentas negeri

Kelmarin (10 Mei) merupakan hari terakhir pergerakan rentas negeri bagi individu yang terkandas di kampung untuk pulang ke kediaman masing-masing.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 109,309 kebenaran melalui aplikasi Gerak Malaysia dan 1,388 melalui borang telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PDRM juga telah mengadakan 128 sekatan jalan raya untuk memantau pergerakan rentas negeri bagi mereka yang terkandas di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Melalui laporan PDRM, pergerakan rentas negeri semalam berjalan dengan baik dan tiada kesesakan dilaporkan.

Bahkan, situasi juga terkawal dan kadar pematuhan orang ramai kepada arahan PDRM semasa perjalanan rentas negeri adalah memuaskan.

Secara keseluruhannya, PDRM telah menerima dan meluluskan 401,253 permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia dan juga borang secara manual.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments