Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAKekalkan kesihatan di hari raya, tukar bahan kuih raya yang lebih berkhasiat

Kekalkan kesihatan di hari raya, tukar bahan kuih raya yang lebih berkhasiat

Syawal bakal menjelang kurang dua minggu saja lagi.

Pasti ramai di antara kita sedang melengkapkan keperluan bagi sambutan lebaran nanti.

Selain dari pakaian baru, hidangan makanan seperti biskut raya, kuih muih dan kek pasti tersedia di dalam balang cantik dihidangkan untuk para tetamu.

Tapi, jangan dilupakan pesanan Perdana Menteri ya. Berkumpul tidak lebih dari 20 orang dan open house tidak dibenarkan ya!

Ada yang sudah menempah, namun ada juga memilih untuk menyediakan dengan tangan sendiri.

Menerusi laman media sosial Facebook @Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth menyarankan orang awam agar memilih atau menyediakan kuih raya dengan cara penyediaan dan penggunaan bahan yang lebih sihat.

Tepung merupakan bahan utama penyediaan hidangan bermacam kuih muih, biskut dan kek.

Apa kata cuba tukar kepada penggunaan tepung bijirin penuh dan oat untuk menjadikan hidangan lebih sihat, malahan tiada kurang rasa enaknya.

Penambahan makanan kering berkhasiat seperti buah prun amat bermanfaat untuk kesihatan malah dapat menambah kelainan rasa dalam masakan.

Umum mengetahui, penggunaan gula, minyak, lemak dan perwarna makanan tidak memberi manfaat kepada badan.

Malah, jika tidak dikawal jumlah pengambilannya, akan mengundang penyakit pula.

Terdapat berbagai kaedah masakan dan pilihan rencah sihat di pasaran.

Kita perlu bijak memilih demi kesihatan seisi keluarga.

Bergembiralah bersama tersayang dihari lebaran tanpa mengabaikan kepentingan kesihatan anda.

Jom sihat!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Syawal menjelang tiba. Pasti dah ramai yang mula buat kuih raya.Nak buat kuih raya yang sihat?👍 Kurangkan gula,…

Dikirim oleh Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth pada Minggu, 10 Mei 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments