Tuesday, June 18, 2024
HomeBERITAPolis terus adakan sekatan jalan raya setiap daerah di Sarawak

Polis terus adakan sekatan jalan raya setiap daerah di Sarawak

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Dato’ Amar Douglas Uggah Embas menafikan dakwaan pergerakan antara daerah di negeri Sarawak tidak memerlukan kebenaran pihak polis seperti yang tular di media sosial.

Beliau turut menjelaskan Sarawak masih menguatkuasakan larangan pergerakan antara daerah dan pihak polis akan terus mengadakan sekatan jalan raya di sempadan daerah.

[11 Mei 2020, 10:00 pagi]PEMAKLUMAN BERITA PALSUBerikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.#COVID19#DudukRumah#MCMC#NormaBaharu#Sebenarnyamy#TidakPastiJanganKongsi

Dikirim oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada Minggu, 10 Mei 2020

Selain itu, pihak pengurusan Glenmarie Golf & Country Club (GGCC) Shah Alam, Selangor menafikan dakwaan kelab terbabit dikuarantin susulan terdapat kes positif COVID-19 di kalangan ahlinya.

GGCC turut menegaskan tiada ahli kelab yang dijangkiti COVID-19 dan menjelaskan sejak kelab berkenaan dibuka semula pada 6 Mei lalu pihaknya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dengan mengamalkan penjarakkan sosial dan membersihkan premis serta peralatan bagi menyediakan persekitaran yang selamat.

Dinasihatkan, orang ramai merujuk Telegram Rasmi MKN (https:/t.me/MKNRasmi) untuk mendapat maklumat sahih.

#tidakpastijangankongsi

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments