Tuesday, May 14, 2024
HomeBERITABarangan keperluan harian basah mencukupi

Barangan keperluan harian basah mencukupi

Sejak 18 Mac lalu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah membuka saluran pengedaran barangan keperluan harian basah di seluruh negara.

Sehingga semalam, saluran pengedaran seperti barang basah sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan daging dengan penglibatan 1,882 petani, 1,700 usahawan dan 11 pasaraya.

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha FAMA sehingga kini dapat dilihat berjaya memberi manfaat kepada 2.81 juta pengguna dalam negara.

“Secara keseluruhannya bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan.

“Justeru kerajaan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial dan kebersihan diri ketika keluar membeli belah barangan keperluan asas,” kata Menteri Kanan Keselamatan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments