Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAPDRM akan ambil tindakan tegas terhadap penyebar video viral rempuhan di BSI

PDRM akan ambil tindakan tegas terhadap penyebar video viral rempuhan di BSI

Video yang kini tular di media sosial menunjukkan berlaku rempuhan rakyat Malaysia dari Singapura dikatakan pulang serentak di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) adalah tidak benar.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan berita palsu yang mengatakan rakyat Malaysia berpusu-pusu masuk ke BSI selepas republik itu enggan membuat ujian saringan.

Sebaliknya JIM menjelaskan bahawa video terbabit merupakan latihan pencegahan kebakaran oleh Jabatan Bomba yang telah dilaksanakan pada Disember tahun lepas.

Pihak kerajaan, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memandang serius akan perkara ini kerana ia menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.

Sehubungan itu, JIM Johor telah membuat laporan polis terhadap individu yang bertanggungjawab menyebar video berkenaan dan PDRM serta SKMM akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat.

TULAR | Jabatan Imigresen Nafi Kejadian Rempuhan Di Bangunan Sultan Iskandar Jabatan Imigresen menafikan berlakunya…

Dikirim oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada Kamis, 09 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments