Sunday, June 16, 2024
HomeBERITABerisiko sebagai pusat perebakan jangkitan, pengusaha kedai gunting rambut disaran lakukan langkah...

Berisiko sebagai pusat perebakan jangkitan, pengusaha kedai gunting rambut disaran lakukan langkah pencegahan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 15 April sehingga 28 April.

Namun memahami keluh kesah peniaga PKS, IKS dan persendirian , beliau turut mengumumkan sektor tambahan dibenarkan beroperasi antaranya perkhidmatan menggunting rambut.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia, pihaknya memberi saranan dan peringatan kepada para pengusaha kedai menggunting rambut berikutan risiko sebagai pusat perebakan jangkitan jika tiada kawalan ketat dilakukan oleh pemilik premis.

https://www.facebook.com/1712327752390423/posts/2600602063562983/?d=n

Kami kongsikan antara faktor risiko yang boleh berlaku di kedai gunting rambut, antaranya :

1- Jarak yang rapat antara pelanggan dan tukang gunting rambut

2- Tempoh masa yang lama, 15 minit ke 45 minit.

3- Ruang kedai yang sempit dengan pengudaraan yang terhad

Bagi mencegah perebakan berlaku, langkah-langkah berikut perlu dilakukan dengan tegas bersama pemantauan rapat oleh pihak berkuasa :

1. Tukang gunting rambut

– Pastikan tidak mempunyai sebarang gejala demam, batuk selsema
– Menggunakan topeng muka
– Membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh pelanggan
– Menjaga kebersihan dan sanitasi premis
– Dilarang vape dan merokok

2. Premis

– Perlu lakukan pembersihan harian / disinfeksi harian
– Mempunyai ruang pengudaraan yang baik
– Jaga jarak sosial- 1 meter
– Kawal kemasukan pelanggan
– Ruang menunggu di luar dengan jarak sosial 1 meter antara satu sama lain
– Rambut yang telah digunting perlu dibersihkan
– Larangan vape dan merokok

3. Pelanggan

– Perlu disaring, pelanggan bergejala tidak dibenarkan masuk
– Menggunakan penutup muka (terutama jika bergejala)
– Membasuh tangan sebelum masuk dan duduk
– Menjaga jarak sosial, jangan berebut, jangan berhimpit
– Dilarang merokok dan vape

Sehubungan itu, semua masyarakat dan pemilik perniagaan perlu memberi sepenuh kerjasama dan perlu mempersiapkan diri ke arah budaya kehidupan baru yang mengutamakan langkah-langkah pencegahan seperti ini dalam semua aktiviti harian.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments