Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAPenghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion tidak dipindahkan

Penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion tidak dipindahkan

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata penghuni yang tinggal di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak perlu dipindahkan.

Kata beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang giat menjalankan pengesanan kes secara aktif di kedua-dua bangunan itu.

“Kita tidak perlu memindahkan mereka kecuali mereka positif COVID-19 baru akan dihantar terus ke hospital,” ujarnya.

Pihak KKM juga sedang berusaha mengesan kontak rapat yang melibatkan 15 kes positif jangkitan COVID-19 sebelum ini.

“Sekarang ini kita sedang mengesan mereka dan berharap menemui mereka secepat mungkin.

“Jika kita dapat mengenal pasti mereka kita akan jalankan ujian serta asingkan dan rawat mereka,” katanya.

Tambah beliau lagi, sekiranya daripada mereka didapati positif kerajaan akan memaklumkan segera kepada kedutaan asing.

TIADA KEPERLUAN PINDAHKAN PENGHUNI SELANGOR MANSION & MALAYAN MANSIONTiada keperluan untuk memindahkan penghuni…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Kamis, 09 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments