Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAPAU 2021: Perpecahan dalam UMNO dicatur pemimpin sendiri

PAU 2021: Perpecahan dalam UMNO dicatur pemimpin sendiri

Terdapat sesetengah pemimpin UMNO yang gemar mencatur perpecahan dalaman parti sehingga wujud “kluster” dan kem dalam parti itu.

Demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap merasmikan persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, di Pusat Dagangan Dunia (WTC), malam ini.

Katanya, budaya yang dibawa oleh sesetengah pemimpin UMNO itu boleh merencatkan parti itu daripada menjelmakan potensi sebagai parti terkuat orang Melayu.
“Dalam pada itu, UMNO juga tidak lari dari masalah dalaman. Ini adalah lumrah pergerakan politik. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pergerakan politik dengan jutaan dukungan ahli.
“Namun ia tidak boleh dibiarkan. Jika tidak, ia akan menyekat UMNO daripada menjelmakan potensi besar yang dimilikinya untuk menjadi suara politik sebenar bangsa Melayu.
“Malangnya bukan kita tak tahu, antara kita ada yang sangat gemar mencatur perpecahan dalam UMNO. Sehingga muncul segala macam puak, ‘kluster’ itu dan kem ini.
“Semuanya datang dari dalam UMNO sendiri,” katanya.
Dalam ucapan perasmiannya juga,  beliau mengingatkan ahli Parlimen UMNO supaya tidak menentukan jalan sendiri yang bercanggah dengan kepimpinan parti.
“Para perwakilan yang dikasihi. Saya mesti ingatkan, saya perlu nyatakan, ahli Parlimen kita pula janganlah menentukan jalan sendiri.
“Janganlah bercanggah nyata dengan pendirian kepimpinan parti. Sesungguhnya sebagai parti yang hendak kembali kuat, UMNO tidak akan membenarkan sesiapa juga melupakan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat yang mewakili UMNO.
“Bukan mewakili kelompok tertentu dan pemimpin tertentu,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk semua orang Melayu, kembali ke pangkuan UMNO.
Datuk Seri Mohamad berkata, cukuplah orang Melayu bersaing dengan memudaratkan bangsa dan UMNO perlu jadikan satu-satunya wadah paling berpengaruh, paling kuat dan paling unggul untuk politik Melayu.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments