Pakej Ransangan Prihatin dibayar April dan Mei

0

Pakej Rangsangan Prihatin bagi kriteria kumpulan B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah yang mempunyai maklumat di bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH) akan menerima dua kali bayaran berjumlah RM1,000 pada bulan April dan RM600 bulan Mei.

Manakala kumpulan M40 isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000 terdiri dari pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM, pembayaran akan dibuat secara berperingkat pada bulan April dan Mei sebanyak RM500.

Proses pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun yang berdaftar di bawah BSH sebanyak RM500 bulan April dan RM300 pada bulan Mei bagi individu bujang yang mempunyai ciri kelayakkan pendapatan RM2,000 ke bawah dan berumur 40 ke atas.

Individu bujang pendapatan RM2,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan RM500 dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan akan dibayar secara ansuran sebanyak RM250 untuk dua bulan.

PENGUATKUASAAN FASA 2 PKP AKAN DIPERKETATKANWaktu perniagaan bagi premis-premis makanan atau pasaraya/barang keperluan…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Senin, 30 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply