Friday, July 26, 2024
HomeBERITA'Padam video dan minta maaf, salah orang boss' - Caprice

‘Padam video dan minta maaf, salah orang boss’ – Caprice

KUALA LUMPUR, 21 September – Susulan kes saman membabitkan penyanyi rap tanah air, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dengan Pengerusi Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal Nasimuddin Kamal.

Caprice berkata dia tetap dengan pendirian dan enggan memenuhi arahan yang dituntut oleh Datuk SM Faisal.

“Kes ini sudah viral dan tuan punya badan (bekas isteri SM Faisal, Emilia Hanafi) ada DM saya supaya ‘raise awareness’ di media sosial.

“Wanita ini yang masih ada kes dengan bekas suami di Mahkamah Syariah telah ubah tarikh perjumpaan dengan anak-anak tanpa izin peguan atau mahkamah. Kemudian perempuan ini kena masuk penjara,” kongsi Caprice di laman Instagram miliknya.

Menurut Caprice, dia mempunyai pandangan berbeza mengenai kes ini.

“Walaupun kita kena hormat undang-undang dan keputusan Mahkamah di Malaysia ni, cheq (saya) cuma nak habaq (beritahu), secara general, walaupun kita kaya, kuat, hebat macamana pun, tapi jika tiada hati perut, apa beza hang (anda) dengan Yahudi?

“Dekat dunia ni, depa (Yahudi) ni kuat, kaya tapi tiada hati perut. Sebab tulah depa boleh tembak budak kecil, mak orang, ambil rumah orang, tembak Al-Ansar. Sebab depa tiada hati perut.

“Dan kalau kita sudah tahu, emak kepada anak-anak kita akan masuk penjara, tariklah kes ke, telefonlah peguam ke, bagi ‘warning’ saja ke. Tapi takkanlah sampai ke dalam jail,” ulasnya.

Terdahulu, media melaporkan Datuk SM Faisal telah memfailkan saman terhadap Caprice atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya, yang mengaitkannya dengan kes bekas isterinya itu.

Datuk SM Faisal mendakwa sehari selepas bekas isterinya diperintahkan menjalani hukuman penjara selama tujuh hari (27 Jun), defendan telah memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video dan hantaran memfitnah di platform Instagramnya.

“Hantaran memfitnah itu mendapat publisiti meluas kerana defendan mempunyai lebih kurang 1.5 juta pengikut di Instagramnya dan hantaran tersebut dilihat atau disukai kira-kira 14,500 orang,” dakwanya.

Tambahnya, insiden berkenaan diuar-uarkan dan dimanipulasi oleh Emilia atau pihak tertentu dengan berniat jahat (mala fide), melalui media massa atau elektronik secara meluas tanpa sebarang rujukan atau klarifikasi daripada pihak plaintif atau Mahkamah Syariah, berhubung kedudukan sebenar kes membabitkan plaintif dan bekas isterinya di Mahkamah Syariah.

SM Faisal, 43, mendakwa hantaran fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang lelaki yang kejam dan semberono mahu memenjarakan bekas isterinya, selain tidak bertimbang rasa dan bertindak agresif terhadap kaum wanita atau kanak-kanak.

Menurut Datuk SM Faisal, tindakan Caprice itu menyebabkan beliau tertekan dari segi emosi selain dicemuh masyarakat umum.

Dilaporkan, satu surat tuntutan bertarikh 7 Julai lalu telah dihantar bagi memohon supaya defendan menarik balik hantaran itu selain memohon maaf kepada plaintif, namun Caprice tidak memenuhi tuntutan tersebut.

Turut dipohon perintah injunksi supaya defendan mengeluarkan dan memadamkan hantaran fitnah itu, selain memohon perintah untuk menghalang defendan atau wakilnya daripada mengganggu dan mengugut plaintif serta ahli keluarganya, sama ada secara lisan atau melalui media sosial.

Plaintif turut memohon ganti rugi am, ganti rugi punitif, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan kos.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili SM Faisal dilaporkan telah mengesahkan pemfailan saman fitnah itu dan menetapkan 14 Oktober untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Idah Ismail.

Datuk SM Faisal (planitif) memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 15 Ogos lalu dengan menamakan Caprice, 36, sebagai defendan.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memerintahkan Emilia menjalani hukuman penjara selama tujuh hari, selepas didapati gagal mematuhi perintah pengkomitan mahkamah. Hukuman dijatuhkan hakim pada 27 Jun lalu.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments