Wednesday, April 24, 2024
Home BERITA Kes culik ejen kosmetik: Polis Thailand kongsi maklumat dengan PDRM

Kes culik ejen kosmetik: Polis Thailand kongsi maklumat dengan PDRM

0

Polis Thailand berkata mereka telah berkongsi semua maklumat mengenai penculikan ejen kosmetik dari Kelantan dengan Polis DiRaja Malaysia.

Lapor Bernama, Ketua polis Narathiwat, Pol Maj Jen Waesamae Salae, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai maklumat yang dikongsinya dengan Polis Malaysia.

“Kami bekerjasama dengan polis Malaysia… Mereka mempunyai semua maklumat,” katanya kepada Bernama.

Pada 13 September lalu, ejen kosmetik itu diculik dari rumahnya di Kampung Semat Jai, Tumpat pada kira-kira 5.10 petang.

Melalui rakaman litar tertutup, CCTV empat suspek dalam sebuah kereta dipercayai menculik wanita bekenaan dan membawanya ke negara jiran melalui jeti haram di Tumpat.

Susulan kejadian itu, polis menahan tiga individu, termasuk suami wanita berkenaan, bagi membantu siasatan kes.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Zaki Harun berkata berdasarkan siasatan, suami mangsa, ahli sindiket pengedaran dadah, dipercayai berselisih faham dengan anggota lain sindiket itu dan ia mungkin jadi punca kejadian itu.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply