Friday, July 26, 2024
HomeBERITAOh My Ganu! Jika ke Terengganu, wajib singgah ke gerai Keropok Lekor

Oh My Ganu! Jika ke Terengganu, wajib singgah ke gerai Keropok Lekor

Jika ke Kuala Terengganu, tidak lengkap rasanya seandainya tidak membeli atau menjamah makanan tradisi rakyat Terengganu, iaitu kerepok lekor.

Siapa sahaja akan jatuh cinta dengan keenakan ‘kepok getey’ yang kaya dengan zat semulajadi dari ikan.

Keropok dibuat berasaskan ikan (pastikan ikan segar untuk lebih enak) yang ditambah beberapa ramuan.

Keropok terbahagi kepada tiga bahagian utama untuk diproses iaitu:

– Keropok lekor
– Keropok keping
– Kepala keropok

Bahan-bahan untuk membuat keropok agak mudah, iaitu hanya perlu menyediakan tepung gandum, sedikit garam dan perasa, tepung sagu/ubi, ais ketul (elak melekat pada tangan atau bekas), dan yang paling penting isi ikan, samada ikan selayang, kembung, tamban, parang dan lain-lain.

 

Selain menggunakan ikan segar yang telah dibuang tulang dan kulitnya secara manual, kini isi ikan juga boleh didapati yang dijual secara paket yang telah siap diproses.

Pemilihan ikan yang segar juga amat penting kerana ia akan menentukan rasa keropok.

Beralih pula kepada cara pembuatan keropok lekor, caranya agak mudah dan hanya perlu campurkan isi ikan, tepung sagu, garam dan bahan perasa.

Proses adunan ini boleh dilakukan menggunakan mesin penggaul (mixer) atau menggunakan lesung kayu dan kemudiaannya digaul secara manual.

Bagi mengelakkan adunan melekat pada tangan, boleh diletakkan beberapa ketul ais.

Adunan yang telah sebati tidak akan melekat pada tangan atau mesin.

Seterusnya, setelah adunan siap, boleh dibahagikan mengikut saiz yang dikehendaki.

Caranya, taburkan sedikit gandum pada papan pencanai atau pelapik kemudian ambil adunan dan diletakkan di atas papan pencanai.

Kemudiannya keropok berkenaan digentel secara memanjang dan berbentuk silinder.

Apabila siap, keropok boleh direbus, goreng atau kukus mengikut pilihan anda.

Sedikit info, keropok yang dikukus mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding keropok rebus namun ianya agak memakan masa yang lama.

Cara untuk merebus keropok pula, pastikan air telah mendidih sebelum masukkan keropok yang telah digentel kedalam periuk yang besar dan keropok rebus yang telah matang proses rebusan akan timbul dipermukaan air rebusan.

Manakala bagi proses untuk membuat keropok keping pula adalah menggunakan keropok yang telah siap direbus. Setelah selesai proses merebus, ianya akan disejat dan disimpan semalaman sebelum dipotong keesokkannya.

Caranya adalah dipotong nipis menggunakan pisau atau mesin pemotong keropok.

Kemudian setelah selesai proses memotong, keropok tersebut harus dijemur di bawah cahaya matahari.

Setelah siap dijemur, keropok tersebut bolehlah diangkat dan ditimbang sebelum dibungkus mengikut jenis di dalam plastik lutsinar.

Baki setiap hujung keropok yang dipotong nipis juga boleh dimakan. Ianya dipanggil Kepala Keropok (pale keppok).

Ia enak dimakan ketika masih panas dan digoreng garing. Pastikan ianya dipotong tidak terlalu tebal (elak liat) atau terlalu nipis (keras).

Keropok ini mudah didapati di sekitar kawasan Kuala Terengganu antaranya:

1- Sekitar kawasan Kelulut, Marang

2- Keropok Kg Losong

3- Keropok Lekor Bukit Tok Beng

4- Keropok Lekor Kelulut

5- Keropok di Mengabang Lekar Batu Rakit

6- Keropok Mengabang Tapah, Pantai Merang Setiu

7- Kampung Pengkalan Setar

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments