Thursday, July 11, 2024
HomeBERITAHotel TH pindah milik, tiada kakitangan yang diberhentikan

Hotel TH pindah milik, tiada kakitangan yang diberhentikan

Hotel TH cuma pindah milik, kakitangan kekal

Dalam satu kenyataan bersama TH dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) memaklumkan, empat hotel yang dahulunya milik TH akan tetap beroperasi dan akan diteruskan di bawah anak syarikat milikan penuh UJ, UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM).

Pengurusan Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJ), iaitu syarikat milik penuh Kementerian Kewangan tetap akan meneruskan operasi TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Bayan Lepas, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar, dan TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu dengan nama baharu iaitu Raia Hotel bermula 1 April ini.

Penubuhan UJPM, katanya, adalah salah satu langkah untuk memastikan kesinambungan pekerjaan serta operasi hotel memandangkan aset-aset hotel di bawah milikan TH sudah berpindah milik kepada UJ pada Disember 2018 tanpa berlakunya perpindahan pengurusan dan kakitangan hotel.

TH dan UJ menegaskan, tiada kakitangan THHR akan diberhentikan malah ingin meyakinkan orang ramai bahawa hotel-hotel ini boleh digunakan seperti mana yang telah dipraktikkan sama seperti musim operasi haji disamping turut menyediakan dana bagi menambahbaik kemudahan dan fasiliti hotel untuk memberi manfaat kepada pengunjung.

Proses pengambilalihan operasi dan perkhidmatan rangkaian hotel UJPM adalah sebahagian daripada Pelan Pemulihan Semula dan Penstrukturan TH.

Muhammad Solleh Ramli yang bakal menerajui UJPM mempunyai pengalaman luas dimana pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Proasset Management Sdn Bhd yang menjadi syarikat pengurusan Hotel MS Garden Kuantan, Pahang dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Hotel Seri Malaysia.

TH dan UJ berkata, Muhammad Solleh sudah memainkan peranan penting yang mana beliau berjaya meningkatkan prestasi kewangan dan imej syarikat berkenaan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments