Setelah sekian lama pelakon Fasha Sandha mendiamkan diri dan merahsiakan perihal kandungannya, kini Fasha lebih terbuka menceritakan detik kehamilannya.
Fasha telah memuat naik entri di laman Instagram miliknya bersama satu video kejutan buat suaminya Aidil Aziz bersama anak-anaknya.
Di dalam perkongsian video berkenaan Fasha turut berkongsi jantina anak yang bakal dilahirkan dan juga pengalaman kehamilan terbarunya.
Menurut Fasha, dia mengambil masa agak lama kerana memikirkan samada perlu atau tidak untuk memuatnaik entri dan video berkenaan, namun akhirnya dia memilih untuk berkongsi pengalaman kehamilannya kali ini, dengan harapan agar dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zuriat.
Tambah Fasha, sebelum ini Fasha dan suami telah diuji dengan dua kali keguguran diawal kehamilan.
Namun tidak lama kemudian, Allah telah menggantikannya dengan kandungan yang sihat.
“Saya bertuah kerana mendapat nasihat daripada sahabat saya DS Vie Shanti unth dengan suami dan Doktor sebab mengelat nak makan ubat. Ada juga pernah menangis teruk sebab kena marah combo. Suami marah, doktor pun marah ???????? Alhamdulillah semua tu tak lama, lepas habis je trimester pertama dah tak perlu cucuk dan makan ubat lagi . Fuh lega ????Alhamdulillah kini di Trimester ke 2 (15minggu) , kandungan membesar dengan sihat. Syukur Alhamdulillah .” tulis Fasha.
Menurut Fasha lagi, setelah mendapat keputusan Nipt yang mengesahkan bayinya sihat dan nuga jantina anaknya, Fasha terus membuat kejutan untuk anak anak dan suaminya sekaligus berkongsi jantina anak yang bakal dilahirkannya itu, iaitu anak perempuan.
“Allahuakbar melompat kegembiraan suami, Rayfal dan Jemyma kerana bakal menerima seorang lagi ‘girl’ dalam Keluarga kami.????. Anak ibu, Cahaya ibu, semoga membesar dengan sihat sayang. My 2020 baby, Syukur,. Terima kasih Suami tercinta, @vieshantiekhan ,Team Hosp Umra. Terima Kasih ALLAH.” tulis Fasha.
Fasha turut membuat tanda hashtag #instaikhlas khas daripadanya untuk untuk membantu para ibu yang lain dan menurutnya mereka boleh mencuri sedikit masa untuk berjumpa dengan Dato’ Dr Rafi atau Datin Dr Ummul.
Di ruangan komen Instagram Fasha dipenuhi dengan ucapan tanhiah dan doa doa yang baik buat Fasha, kandungan dan juga keluarga.

–THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply