Habitat terbesar kunang-kunang di Sungai Yak Yah

0

Kelip-kelip Sungai Yak Yah atau juga dikenali sebagai kunang-kunang merupakan habitat yang terbesar di Malaysia bagi kelip-kelip.

Sungai Yak Yah terletak kira-kira setengah jam dari Bandar Chukai, Terengganu.

Bagi yang ingin melihat panorama malam menyaksikan kunang-kunang di sepanjang sungai perlu menaiki bot yang disediakan di jeti Sungai Yak Yah.

Jangka masa yang diambil untuk pergi dan balik adalah dalam sekitar 90 minit dan waktu operasi bermula pada 8.00 hingga 10.00 malam sahaja.

Para pelancong akan di bawa menyelusuri Sungai Yak Yah sambil melihat sendiri bentuk dan rupa kunang-kunang yang amat jarang ditemui ini mengerumuni pokok Berembang, pokok Putat dan pokok Bebaru yang tumbuh subur di sepanjang perjalanan menyusuri sungai tersebut.

Terdapat empat spesies kunang-kunang di Sungai Yak Yah dan spesis yang paling banyak adalah sejenis Panthera Tigris Jacksoni.

Bermula bulan Julai hingga Oktober kunang-kunang akan membiak dengan begitu banyak setiap tahun.

Bayaran yang dikenakan juga berpatutan iaitu RM15 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi Taman Rekreasi & Zoo Kemaman di talian 09-8596644 @ 8596645.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply