Thursday, July 11, 2024
HomeBERITARaub lokasi strategik bercuti ala desa bersama keluarga

Raub lokasi strategik bercuti ala desa bersama keluarga

Raub terletak di antara Bentong dan Kuala Lipis, negeri Pahang Darul Makmur.

Dikenali sebagai bandar ‘musang king’ terdapat banyak kawasan peranginan yang cantik untuk dilawati disini, antaranya kawasan percutian dan riadah air terjun Late Jarum.

Raub juga merupakan pengeluar buah durian musang king yang terkenal dengan keenakan raja buah bukan sahaja dalam negara malah di seantero dunia.

Raub sesuai dijadikan pilihan untuk aktiviti hujung minggu kerana lokasinya tidak jauh dari ibu kota kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan sahaja.

Kepada anda yang ingin ke Pantai Timur, menggunakan laluan Bandar Raub adalah alternatif yang mungkin boleh di fikirkan.

Selain dapat menikmati suasana desa yang damai serta jauh dari hiruk pikuk kota malah juga dapat menenangkan fikiran dari kesibukan kerja.

Tidak sah sekiranya kalau tidak mencari dimana tempat sesuai untuk menjamu selera bukan?

Terdapat banyak tempat menarik dan menyelerakan untuk menjamu selera bersama keluarga tersayang.

Antara lokasi kedai makan yang menarik perhatian kami adalah Restoran Labak!

Restoran ini terletak di pusat bandar Raub, berhampiran dengan jalan besar, bersebelahan dengan kedai tayar Yokohama dan berhadapan stesyen minyak Petron serta Bank Simpanan Nasional Raub.

Kawasan parkir kereta pula turut disediakan di sebelah kiri dan kanan restoran.

Apa pilihan menu istimewa di sini?

Rahsia resepi tradisional Pahang seperti masak tempoyak patin, gulai asamrom, gulai keladi, gulai kering, sambal hitam (belimbing rebus) ada di sini.

Makanan ini boleh ditempah terlebih dahulu demi memastikan anda dapat menikmatinya pada masa yang diinginkan.

Restoran Labak juga menyediakan perkhidmatan katering.

Untuk rekod, perkhidmatan katering Labak menjadi pilihan katering beberapa agensi kerajaan. Memang wajib dicuba!

Kepakaran tukang masak yang dari negara jiran, Thailand pasti menjanjikan masakan Thai yang memang tidak dapat dipertikaikan lagi keenakannya!

Antara menu popular dan menjadi kegemaran pengunjung ialah Nasi goreng LABAK dan turut disajikan makanan barat seperti Chicken Chop, Lamb Chop dan Chicken Grill.

Makanan yang enak, harga berpatutan dan perkhidmatan pelayan yang cepat, restoran ini di buka seawal jam 5 petang sehingga jam 1 pagi!

Siapa kata bandar Raub tidur awal? Awal pagi masih happening tau!

Jadi kepada anda yang ingin merasai percutian ala desa dan mendamaikan atau dalam perjalanan ke destinasi singgahlah ke Restoran Labak. Pasti anda berpuas hati!

Untuk lebih informasi, boleh hubungi Encik Anuar di talian 019 9826648 atau Puan Nadirah 019 9826638.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments