Saturday, July 27, 2024
HomeBERITAEnam tahun peminat Eric Mun sumbang dana Korea Childhood Leukimia Foudation

Enam tahun peminat Eric Mun sumbang dana Korea Childhood Leukimia Foudation

Menjadi seorang selebriti terkenal pasti akan mempunyai ramai pengikut dan peminat yang sentiasa menyokong perjalanan karier seseorang artis itu.

Malah ia menjadi satu penghargaan besar bagi salah seorang anggota kumpulan Korea, Shinwa ini apabila memiliki peminat setia yang bukan hanya menyokong dirinya malah turut membuat kebaikan dalam badan amal.

Setiap tahun, peminat kepada penyanyi dan pelakon, Eric Mun membuat sumbangan kepada Korea Childhood Leukemia Foundation bagi meraikan ulang tahunnya.

Pada 16 Februari baru-baru ini bersamaan hari lahir yang ke 41, peminatnya telah mendermakan 2.16 juta won kepada yayasan tersebut.

Dilaporkan kutipan dana telah diberikan kepada yayasan itu sejak 2014 dan kini ia telah mencecah hampir enam tahun dalam usaha membantu kanak-kanak yang memerlukan.

Perkembangan terbaru di laman Instagramnya, Eric sedang aktif menjalani pengambaraan dalam drama terbaru bertajuk ‘Eccentric! Chef Moon’ yang bakal ditayangkan pada 6 Mac depan di saluran Channel A.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments