Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAKanak-kanak warga Myanmar hilang

Kanak-kanak warga Myanmar hilang

Seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar dikenali sebagai Fulmina Abdul Ghufur berusia 11 tahun dilaporkan hilang.

Ibu bapa kanak-kanak berkenaan telah membuat laporan laporan mengenai kehilangan anak mereka pada 16 Februari sekitar jam 4.08 petang.

Ciri-ciri mangsa, berketinggian 160 sentimeter, berat 45 kilogram, berkulit cerah, memiliki bentuk mata sederhana, hidung mancung dan berbadan kurus.

Kali terakhir mangsa dilihat memakai t-shirt berwarna hijau dan berseluar hitam di lokasi kejadian 47 Jalan Bunga Tanjung 7 Taman Muda Ampang Jaya, Selangor.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi Insp Shahdatul Nur Mohd Yusoff di talian 011-15316560 atau IPD Ampang Jaya 03-42897222.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourcePDRM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments