Thursday, May 23, 2024
HomeBERITANur Sajat dan rombongan sudah dibawa keluar dari Mekah dan kini berada...

Nur Sajat dan rombongan sudah dibawa keluar dari Mekah dan kini berada di Madinah

Nama usahawan muda yang sering menimbulkan kontroversi dengan mendakwa dirinya mempunyai dua alat kelamin, Nur Sajat tidak perlu diperkenalkan lagi.

Sajat yang juga terkenal di kalangan para pelayar laman media sosial sekali lagi bertindak di luar jangkaan apabila kini berada di tanah suci mekah dan sedang mengerjakan umrah bersama keluarga serta rakan-rakannya dengan memakai telekung wanita di sana.

Dilaporkan, terkini Nur Sajat dan anggota rombongannya yang sedang mengerjakan umrah sudah tidak lagi berada di Mekah, menurut info dari agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan mereka.

Memetik kenyataan dari pihak Albayt Travel (M) Sdn Bhd, tindakan berkenaan terpaksa diambil berikutan isu yang sedang mendapat perhatian banyak pihak ketika ini.

“Kami sudah meminta mutawif membawa keluar rombongan Nur Sajat seramai 10 orang (termasuk mutawif) keluar dari Makkah.

“Mereka dibawa untuk sesi lawatan di sekitar Madinah,” katanya.

Jurucakap terbabit juga memberitahu pihak agensi sukar mendapat kerjasama daripada Nur Sajat yang sering terpalit dengan kenyataan hangat yang dan pelbagai isu panas.

Malah sebarang perbincangan di antara agensi pelancongan dengan Nur Sajat hanya dapat dilakukan melalui pembantu peribadinya yang turut serta dalam rombongannya.

Menurut agensi berkenaan, pihaknya meminta Nur Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menimbulkan kekecohan dengan tindakannya memakai telekung semasa mengerjakan umrah.

Nur Sajat memberi maklum balas meminta agensi pelancongan itu menunggu sehingga dia kembali ke Malaysia.

“Pihak kami terutama mutawif cuba berhubung dengan ibu bapanya, kerana hanya keluarga terdekat yang mengetahui status jantinanya.

“Bagaimanapun, ibu bapa Nur Sajat juga agak sukar diajak berbincang,” tambahnya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments