Monday, July 15, 2024
HomeBERITAPersembahan 12 minit Shakira dan Jennifer Lopez pukau puluhan ribu penonton

Persembahan 12 minit Shakira dan Jennifer Lopez pukau puluhan ribu penonton

Pertunjukkan luar biasa dan bertenaga Shakira dan Jennifer Lopez di acara separuh masa Super Bowl 2020 nyata menggengarkan Stadium Hard Rock, Miami Florida semalam.

Penampilan duo yang berlangsung selama 12 minit itu telah memukau puluhan ribu dengan persembahan dua bintang popular dunia itu.

Malah kemunculan anak kepada bintang Amerika J-Lo iaitu Emme Maribel Muniz di atas pentas pada acara berkenaan turut menjadi perhatian ramai.

Emme, 11 tahun tampil mengayakan busana serba putih menyanyikan lagu “Let’s Get Loud” bersama ibunya J-Lo.

Bahkan, ini bukan kali pertama Emme menyertai dan berduet dengan ibunya di acara pentas.

Pasangan kembar kepada Maximillian David ini sememangnya dikenali memiliki bakat nyanyian persis ibunya.

Dahulu, nyanyian ‘cover’ Emme berjudul “If I Ain’t Got You” oleh Alicia Keys menjadi tontonan ramai dan viral di media sosial apabila J-Lo mula memuat naik video itu di laman Instagram dan Youtube.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments