Tuesday, May 14, 2024
HomeBERITANur Sajat adalah lelaki secara biologinya - Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa

Nur Sajat adalah lelaki secara biologinya – Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini telah mengesahkan bahawa Sajat adalah seorang lelaki.

“Kad pengenalannya adalah lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya. Apabila di Mekah dia berpakaian telekung dan sudah tentu berpakaian wanita.

“Semua pergerakan, tempat yang dia lawati dan ruang solat dia adalah bersama wanita dan ini menimbulkan ketidakselesaan kerana telah menceroboh ruang dikhaskan kepada wanita.

“Saya tidak tahu apa janji dia kalau bawa pergi umrah. Apa janji dia untuk tidak menimbulkan perkara yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian Online, Datuk Seri Mujahid turut menyifatkan perbuatan Sajat telah menjejaskan imej Islam dan hubungan baik Kerajaan Malaysia dengan Arab Saudi.

“Saya kesal dengan tindakannya yang dikongsi ke laman Instagramnya tanpa ada rasa bersalah.

“Sekarang, kerajaan sedang menunggu laporan penuh berhubung perkara ini dan sekarang pihaknya turut berusaha mendapatkan maklumat dari agensi pelancongan yang bertanggungjawab membawa Sajat dan rombongan ke Mekah untuk mengerjakan umrah,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Datuk Seri Mujahid juga turut memberi jaminan kesalahan yang dilakukan oleh Sajat tidak akan menjejaskan kuota haji negara.

Apa yang dilakukannya adalah kesalahan individu  dan akan membuat perjumpaan dengan semua agensi pelancongan bagi memastikan perkara ini tidak berulang.

Terdahulu, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengenakan telekung solat wanita ketika mengerjakan umrah di Mekah dan tanpa rasa bersalah berkongsi perlakuannya di laman Instagram miliknya.

Nur Sajat bersama rombongan seramai 10 orang dan mutawwif dikhabarkan telah dibawa keluar dari Mekah dan kini berada di Madinah.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments