Thursday, July 11, 2024
HomeBERITANoh Salleh tunjuk contoh tak baik - Noor Hisham

Noh Salleh tunjuk contoh tak baik – Noor Hisham

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Apa sudah jadi Noh Salleh?

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyelar tindakan penyanyi Noh Salleh memegang rokok yang tidak dinyalakan ketika muncul di pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022).

Menerusi kenyataan di laman Twitter, Tan Sri Noor Hisham memandang serius isu berkaitan artis yang menampilkan perilaku seperti merokok atau menghisap vape di khalayak ramai.

“KKM memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.

“Perbuatan ini menunjukkan contoh tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja,” tulisnya.

Beliau turut menyeru orang ramai membantu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang budaya merokok.

“KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya tidak diterima dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, bekas suami Mizz Nina ini pernah mencetuskan kontroversi menghisap rokok elektronik ketika ditemubual media dalam satu acara, bulan lalu.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments