Friday, July 19, 2024
HomeBERITAKes Covid-19 semakin menurun, sebanyak 2,078 kes baharu direkod

Kes Covid-19 semakin menurun, sebanyak 2,078 kes baharu direkod

PUTRAJAYA, 23 Ogos – Angka harian penularan COVID-19 terus mencatat penurunan.

Setakat semalam sebanyak 2,078 kes baharu dilaporkan, ia sedikit menyusut berbanding 2,464 kelmarin.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, jangkitan baharu itu membabitkan 2,066 penularan tempatan, manakala 12 lagi kes import, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif mencecah 4,759,830 kes, setakat ini.

Bagaimanapun, 10 lagi korban direkodkan, semalam, termasuk tiga membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia membawa kepada jumlah 36,155 kematian meliputi 7,681 kes pesakit COVID-19 meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Dalam pada itu, sebanyak 37,696 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19, termasuk 36,187 kes atau 96 peratus sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, 1,409 kes (3.7 peratus) menerima rawatan di hospital; Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (31); serta Unit Rawatan Rapi (ICU) (69 dengan 39 kes memerlukan alat bantuan pernafasan).

Secara keseluruhan, kadar penggunaan katil ICU di seluruh negara ialah sebanyak 61.5 peratus, namun kegunaan membabitkan pesakit COVID-19 adalah pada kadar 18.5 peratus.

Seterusnya, sebanyak 3,290 kes sembuh dicatatkan, semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya kini mencecah 4,685,979 kes.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments