Saturday, November 21, 2026
HomeBERITANeelofa, suami dipanggil beri keterangan esok

Neelofa, suami dipanggil beri keterangan esok

Pelakon dan pengacara popular Neelofa dan suaminya akan dipanggil memberi keterangan esok.

Ia berhubung dakwaan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahan mereka, Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya akan turut memanggil keluarga dan penganjur majlis untuk memberi keterangan esok.

“Penganjur majlis sepatutnya hadir memberi keterangan hari ini tetapi ditangguhkan esok.

“Justeru, pihak penganjur bersama keluarga Neelofa akan hadir memberi keterangan bersama Neelofa dan suaminya,” katanya.

Polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi berhubung perkara itu termasuk pengurus hotel lokasi majlis pernikahan pasangan terbabit.

Semalam, ACP Mohamad Zainal memaklumkan polis sudah membuka kertas siasatan terhadap majlis perkahwinan Neelofa.

Siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, kelmarin.

Isu pelanggaran SOP pada majlis berkenaan timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments