Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAHIBURANNeelofa, suami berbulan madu di Langkawi?

Neelofa, suami berbulan madu di Langkawi?

Polis KL mengesahkan bakal mengambil keterangan daripada Neelofa, suami dan keluarganya bersabit dakwaan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahan mereka, Sabtu lalu.

Belum reda isu berkenaan, tular pula beberapa keping foto di media sosial yang mendakwa Neelofa dan suaminya Haris Ismail berbulan madu di Langkawi.

Dalam foto-foto berkenaan, kelihatan Neelofa dan Haris berada di sebuah lapangan terbang dan sedang menaiki sebuah penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan terkenal tersebut.

Rata-rata netizen menyuarakan ketidakpuashatian masing-masing dan mempersoalkan bagaimana pasangan yang baru berkahwin pada Sabtu lalu itu dibenarkan merentas negeri dan berbulan madu.

Bagaimanapun, di sebalik segala kecaman tersebut, ada juga yang berpendapat bekas pengacara MeleTOP dan suaminya itu menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk merentas negeri.

Setakat ini tiada sebarang penafian dari tuan punya badan.

Untuk rekod, pasangan tersebut selamat diijabkabul pada Sabtu lalu dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments