Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 941 kes baharu, 1,097 sembuh

COVID-19 : 941 kes baharu, 1,097 sembuh

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan penurunan kepada tiga angka hari ini.

941 kes baharu dicatatkan menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 342,885 kes.

Catatan baharu hari ini membabitkan 933 kes tempatan dan lapan kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,097 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 327,406 kes (95.48%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 14,219 orang (4.15%) manakala 166 pesakit berada di ICU dan 73 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lima kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,260 kes (0.37%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments