Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAJENAYAHKantoi pasang kamera dalam tandas wanita, seorang lelaki dicekup

Kantoi pasang kamera dalam tandas wanita, seorang lelaki dicekup

Polis hari ini menahan seorang lelaki yang juga pekerja di sebuah kilang di Taman Perindustrian Batu Caves, Kuala Lumpur selepas disyaki meletakkan kamera tersembunyi berbentuk pen dalam tandas wanita.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe, suspek berusia 41 tahun itu dipercayai meletakkan kamera di bawah sinki dalam tandas wanita di kilang tempat dia bekerja bagi tujuan rakaman video sejak awal bulan ini.

Kejadian itu disedari seorang wanita berusia 27 tahun yang bekerja di kilang sama selepas ternampak kamera tersembunyi berbentuk pen berwarna hitam di bawah sinki dalam tandas.

“Wanita terbabit kemudian mengambil kamera berkenaan dan membawa pulang ke rumah untuk memeriksa sebelum mendapati terdapat beberapa rakaman video jelas ternampak kemaluan dan mukanya serta beberapa rakan sekerjanya yang lain.

“Dia mengesyaki pen itu adalah milik seorang pekerja yang dikenali kerana terdapat paparan mukanya di dalam video itu yang sedang meletak dan mengambil kamera itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wanita itu kemudian memaklumkan kejadian kepada majikannya untuk tindakan lanjut sebelum membuat laporan polis.

“Suspek kemudian ditahan pada 26 Mac lalu pada jam 11 pagi di kilang berkenaan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut,” katanya.

Turut dirampas sebuah kamera berbentuk pen  serta satu keping kad memori. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments