Saturday, October 19, 2024
HomeBERITANang Surya @ TTDI Plaza KL, Butik dan Salon Kecantikan Eksklusif milik...

Nang Surya @ TTDI Plaza KL, Butik dan Salon Kecantikan Eksklusif milik Usahawan Bumiputera

Nang Surya House Of Beauty adalah gabungan sebuah butik dan salon yang menjual Batik, Songket, Pakaian Wanita dan juga menawarkan perkhidmatan dandanan rambut serta solekan profesional.

Nang Surya telah mula beroperasi dicawangan pertamanya di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu pada 2014.

Butik salon dandanan rambutan dan solekan ini adalah milik penuh usahawan bumiputera, yang juga bekas wartawan penyiaran, penyampai berita TV3, Nik Suryani Megat Deraman.

Pengasas & CEO Nang Surya, Nik Suryani Megat Deraman. Bekas Wartawan Penyiaran, Hos, dan Penyampai Berita TV3

Kini telah membuka cawangan kedua di Kuala Lumpur. Ia telah beroperasi di TTDI Plaza Kuala Lumpur sejak 2 tahun lalu. Ia menawarkan pelbagai koleksi Batik Terengganu lukis tangan dan Songket Tenun Eksklusif keluaran Nang Surya.

Batik dan Songket koleksi Nang Surya adalah koleksi “masterpiece” dengan pelbagai motif unik, hasil gabungan pencanting muda dan lama dari Pantai Timur.

Kepada wanita yang tercari-cari Jaket atau blazer untuk ke pejabat, anda boleh lah mencuba koleksi Blazer Eksklusif Nang Surya.

Nang Surya juga adalah penaja utama Jaket Pembaca Berita wanita Buletin Utama TV3 dan Rangkaian Berita Media Prima Berhad.

Di Nang Surya Makeup & Hairworks pula, ia menawarkan perkhidmatan dandanan rambut profesional, penggayaan tudung dan solekan.

Salon dandanan dan solekan Nang Surya juga menawarkan suasana eksklusif, mewah dan mesra muslimah. Produk dandanan yang digunakan adalah dijamin Halal.

Nang Surya Makeup & Hairwoks juga menyedia perkhidmatan Solekan Pengantin, Solekan Studio, Solekan Majlis dan Solekan biasa.

Kepada para wanita yang mahukan kelainan, merasai suasana eksklusif dengan harga berpatutan, boleh lah kunjungi Nang Surya di TTDI Plaza Kuala Lumpur. Lokasi butik ini berdekatan dengan butik Neelofa.

Untuk maklumat lanjut hubungi talian tertera +60377325441 atau 0199885441.

Lokasi: Nang House of Beauty, A1-11, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur. (Berdekatan Butik Neelofa dan Pasaraya Hero TTDI)

https://goo.gl/maps/bYEYBDhhVsXMrALN7

Instagram : @nangsurya.kl @nangsurya.terengganu @nangsurya.makeuphairworks

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments