Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAHad usia persaraan kekal 60 tahun

Had usia persaraan kekal 60 tahun

KUALA LUMPUR 3 Sept 2019 : Walaupun menerima banyak cadangan, kerajaan tidak berhasrat untuk melanjutkan had umur persaraan penjawat awam daripada usia 60 tahun ketika ini kepada 65 tahun.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar keputusan itu muktamad dan terkini dibuat oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pembaharuan Perkhidmatan Awam yang bermesyuarat pada Mac lalu.

“Kita sudah putuskan bahawa usia 60 tahun adalah kekal. Jadi kita tidak ada cadangan untuk menaikkan usia persaraan penjawat awam kepada 62 atau 65 tahun” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan majlis sambutan Jubli Intan Institut Perkhidmatan Awam Negara (INTAN) ke-60 tahun.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments