Thursday, July 18, 2024
HomeBERITASETEMPATApa sudah jadi dengan Zoo Negara? Monyet didakwa makan plastik kerana lapar?

Apa sudah jadi dengan Zoo Negara? Monyet didakwa makan plastik kerana lapar?

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan berita kononnya binatang-binatang di Zoo Negara terbiar  seolah tidak cukup makan dan penjagaan rapi.

Lebih mengejutkan persekitaran Zoo Negara juga dikatakan tidak dikawalselia dengan baik.

Alasannya Zoo Negara didakwa kekurangan dana dan tiada sokongan dari kerajaan.

Terbaru, pelakon Sharifah Sakinah memuat naik video di laman instagram miliknya memaparkan seekor monyet sedang memakan plastik kerana kelaparan.

Video yang dimuatnaik oleh Sharifah Sakinah itu diperolehi daripada pemilik akaun instagram yang dikenali Cmyliajones.

Cymliajones dikatakan telah merakamkan situasi itu ketika mengunjungi Zoo Negara tengahari semalam (Isnin).

Susulan dari perkongsian video kurang 15 saat itu, mengundang kebimbangan dan simpati netizen serta selebriti tanahair mengenai permasalahan yang melanda Zoo Negara berkenaan.

Mengulas isu sama, ada segelintir netizen yang juga pengunjung berpendapat sudah tiba masanya pihak pengurusan Zoo Negara mengkaji semula bayaran masuk ke Zoo Negara, memandangkan persekitaran Zoo Negara seakan terbiar dan kotor. Haiwan peliharaan pula kelihatan kurus dan tidak dijaga elok.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments