Friday, July 19, 2024
HomeBERITANaib Ketua UMNO Bahagian-Bahagian Malaysia desak Zahid Hamidi, Tok Mat Hassan letak...

Naib Ketua UMNO Bahagian-Bahagian Malaysia desak Zahid Hamidi, Tok Mat Hassan letak jawatan

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Naib Ketua UMNO Bahagian-Bahagian Malaysia menyatakan pendirian dan menuntut tindakan serta merta kepimpinan tertinggi parti bertanggungjawab atas kekalahan teruk BN pada PRU15.

Berikut intipati kenyataan medianya.

KENYATAAN AKHBAR

Naib Ketua UMNO Bahagian Malaysia sensitiviti aprisiasi rakyat di dalam PRU ke 15 Naib Ketua UMNO Bahagian-bahagian Malaysia mengambil maklum akan kesan daripada ketidakcekapan pimpinan UMNO Malaysia di dalam mengurus perjuangan dan usaha mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti telah mengakibatkan BN tewas dengan begitu teruk di dalam Pilihan Raya baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, Naib Ketua UMNO Bahagian-bahagian Malaysia dengan penuh
tawadduk demi sayangnya kepada parti dan perjuangan Agama, Bangsa & Negara
menyatakan pendirian dan menuntut tindakan serta merta kepimpinan tertinggi parti sebagai
berikut:

PERTAMA,
Sebarang perbincangan dan usaha menyatukan parti UMNO dan BARISAN NASIONAL dengan
Parti PAKATAN HARAPAN adalah tidak diterima. Percaya dengan asas perjuangan parti UMNO
selama ini menegak syiar agama dan perjuangan masadepan Melayu dan Bumiputera,
persefahaman dengan PAKATAN HARAPAN yang dikuasai DEMOCRATIC ACTION PARTY, DAP
adalah suatu pengkhianatan paling besar dan mereka yang bersekongkol dengan usaha ini
tidak boleh dikompromi dari ditolak parti.
KEDUA,
Yang Berhormat Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, adalah didesak untuk melepaskan
jawatannya sebagai PRESIDEN UMNO seterusnya PENGERUSI BARISAN NASIONAL sertamerta
demi pertanggungjawaban terhadap kekalahan yang memalukan malah lebih teruk
dari Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas
sumbang baktinya selama memimpin, namun penolakan jelas rakyat terhadap UMNO atas
kebimbangan mereka parti ini dipimpin oleh beliau terpaksa diambilkira bagi meletakkan
semula kepercayaan rakyat seterusnya mengembalikan UMNO di hati mereka.
KETIGA,
Yang Berhormat Dato Seri Utama Mohamad Bin Hasan, sebagai PENGARAH PILIHANRAYA
BARISAN NASIONAL diminta agar melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO
sebagai tanda betapa beliau bertanggungjawab atas kekhilafan strategi dan calon-calon yang
dipertaruh BARISAN NASIONAL. Kegagalannya mengotakan beberapa janjinya termasuk
mengekalkan penyandang-penyandang Ahli Parlimen dan kriteria ‘Winnable Acceptable
Likeable, WALI’ yang diwar-warkan umum telah mengakibatkan berlaku defisit kepercayaan
penyokong dan rakyat secara keseluruhan. Maka yang demikian, selari dengan kenyataan
medianya sebelum ini bahawa akan melepaskan jawatan andainya BARISAN NASIONAL tewas,
hendaklah dikotakan.

KEEMPAT,
Semua pemimpin-pemimpin UMNO yang jelas dilihat dekat di hati rakyat hendaklah diberikan
tempat serta-merta di dalam kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO. Mereka yang jelas menjadi
perhatian rakyat melalui pertambahan majoriti kemenangan yang ketara, mereka yang
berjaya merampas kembali kawasan-kawasan yang sebelum ini tewas terutamanya kawasan
bandar dan tidak ketinggalan bagi yang berjaya merobek kubu lawan yang mana masih tewas
tetapi berjaya merobek majoriti lawan dengan begitu besar, harus ditempatkan di dalam
barisan kepimpinan tertinggi parti sebagai suatu ekspresi kepada rakyat bahawa UMNO
mengambil maklum akan kehendak dan suara mereka.
KELIMA,
Meneliti kembali Pola kekalahan BARISAN NASIONAL di kawasan-kawasan yang selama ini
diberikan khidmat belarakyat yang cemerlang oleh penyandang-penyandang kita sebelum ini,
malangnya mereka dinafikan untuk kembali bertanding sehingga BARISAN NASIONAL
akhirnya tewas di kawasan-kawasan berkenaan, maka mereka harus diberikan tempat dan
peranan di dalam pucuk pimpinan parti bagi menunjukkan apresiasi parti terhadap isyarat
Rakyat.
NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN MALAYSIA sentiasa peka dan sedia berjuang
demi kelangsungan parti memperjuang kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Tidak ada
kompromi di dalam memastikan UMNO terus relevan di hati rakyat. Keterbukaan para
pemimpin tertinggi parti adalah disanjung tinggi.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

YANG BERBAHAGIA
DATO MUHAMMAD ANUAR BIN MOHD YUNUS
PENGERUSI NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN MALAYSIA.
Ahad, 20 November 2022, Kuala Lumpur

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments