Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAHishammuddin Hussein tolak kerjasama BN-PH

Hishammuddin Hussein tolak kerjasama BN-PH

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini sekali lagi menegaskan bahawa beliau konsisten dengan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Katanya rakyat telah membuat pilihan mereka dalam PRU15, dan ia harus dihormati serta insafi.

Jelas beliau tiada satu parti pun berupaya membentuk Kerajaan dan Parlimen kini tergantung.

“Rakyat telah membuat pilihan mereka dalam #PRU15, dan ia harus kita hormati serta insafi.

“Jelas tiada satu parti pun berupaya membentuk Kerajaan. Parlimen kini tergantung,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Tambah beliau yang paling penting, negara dan rakyat memerlukan kerajaan yang stabil dalam melangkah ke hadapan.

“Yang paling penting, negara dan rakyat memerlukan kerajaan yang stabil dalam melangkah ke hadapan.

“Ini sebabnya kita mesti bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan.

“Namun, saya konsisten sejak sebelum ini lagi, dan saya tetap teguh pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments