Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITABN komited jamin kestabilan politik, sedia mengenepikan perbedaan sentimen

BN komited jamin kestabilan politik, sedia mengenepikan perbedaan sentimen

KUALA LUMPUR, 20 November – Barisan Nasional (BN) menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan medianya berkata BN menganggap bahawa keputusan PRU-15 ini merupakan suatu isyarat besar yang diberikan oleh rakyat terhadap parti itu.

“Kami menganggap bahawa keputusan PRU-15 ini merupakan suatu isyarat besar yang diberikan oleh rakyat terhadap kami,” katanya.

Namun begitu katanya BN akan terus komited untuk terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan.

“BN akan terus komited untuk terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan, kami bersedia mengenepikan perbedaan sentimen kami sebelum ini,” katanya.

Tambah beliau BN sentiasa komited untuk melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini.

“Dalam masa yang terdekat BN akan memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti kami terutama sekali untuk menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments