Thursday, May 30, 2024
HomePOLITIKNafi wujud campur tangan dalam urusan Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Apandi...

Nafi wujud campur tangan dalam urusan Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Apandi masih Pengerusinya – Tan Sri Annuar Musa

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata Ibu Pejabat UMNO ambil maklum dan pandang serius polemik peletakan jawatan Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin parti seperti yang dilaporkan media pada 26 dan 27hb Disember.

Ujarnya, sehingga kini tiada sebarang surat peletakan jawatan di terima Ibu Pejabat parti.

“Justeru Tan Sri Apandi Ali Masih Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin UMNO.

“Saya telah berkesempatan menghubungi Tan Sri Apandi Ali, dan sahih beliau sedang bercuti di luar negara.

“Saya telah diberi sedikit gambaran apa yang telah berlaku, dan bersetuju perkara ini perlu dibincang secara tertib apabila Tan Sri pulang dari bercuti,” kata Tan Sri Annuar dalam satu kenyataan medianya.

Jelas beliau terdapat beberapa kekeliruan berkaitan perkara yg dibangkitkan.

Dan perkara ini boleh dibincangkan apabila Tan Sri sendiri berada di KL.

“Adalah ditegaskan Jawatan Kuasa Disiplin adalah sebuah jawatan kuasa yang dibentuk berdasarkan Perlembagaan parti dan bebas. Ia kekal sedemikian.

“Beberapa kekeliruan mengenai proses dan tindakan JD akan dimurnikan apabila JK tersebut bermesyuarat secara bebas dan dipengerusi sendiri oleh Tan Sri Apandi Ali.”

Beliau turut menafikan wujud campurtangan dalam proses atau ‘proceeding’ JK Disiplin dan ia kekal bebas membuat siasatan dan melaporkannya kepada MKT parti.

“Saya berharap semua pihak dapat menghormati kedudukan jawatankuasa ini serta apa yang termaktub dalam Perlembagaan parti,” katanya lagi.

Terdahulu Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada The Malaya Post mendakwa Presiden UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mencampuri urusan Lembaga Disiplin Umno dengan mengarahkan pihak Lembaga membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Displin dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

 

Susulan itu juga, bekas Peguam Negara itu telah mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Displin UMNO berkuatkuasa serta-merta.

Untuk rekod, Dato’ Seri Hishammuddin sepatutnya dipanggil mengadap Lembaga Displin hari ini bagi memberi penjelasan berhubung tuduhan melanggar perlembagaan dan tataetika sebagai ahli Umno.

Terdahulu Tan Sri Apandi turut berkata, pembatalan itu adalah sesuatu yang tidak bertepatan dengan Perlembagaan Parti.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments