Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAMengalami masalah komplikasi buah pinggang, paru-paru dan jantung, Ahli Parlimen Padang Besar...

Mengalami masalah komplikasi buah pinggang, paru-paru dan jantung, Ahli Parlimen Padang Besar dipindahkan ke CCU Hospital Sultanah Bahiyah

Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pagi tadi, dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Memetik laporan Berita Harian, Pengarah HTF, Dr Othman Warijo, berkata Zahidi yang mengalami masalah komplikasi kesihatan membabitkan buah pinggang, jantung dan paru-paru, dipindahkan dari Unit Penjagaan Jantung (CCU) HTF ke HSB, kira-kira jam 9.30 malam ini.

“Zahidi memerlukan rawatan lebih komprehensif di CCU HSB,” katanya ketika dihubungi.

Zahidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Besar dimasukkan ke HTF selepas mengadu sakit dada kepada isterinya selepas bangun dari tidur awal pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke Unit Kecemasan HTF jam 5.30 pagi sebelum dipindahkan ke CCU beberapa jam kemudian selepas diberikan ubat tidur bagi tujuan untuk direhatkan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments