Friday, July 19, 2024
HomeBERITAKerajaan Negeri Terengganu tamatkan kontrak 51 Pegawai Eksekutif Maklumat Top It Industries...

Kerajaan Negeri Terengganu tamatkan kontrak 51 Pegawai Eksekutif Maklumat Top It Industries Sdn Bhd

Kerajaan negeri Terengganu telah membuat keputusan muktamad untuk tidak menyambung kontrak kepada 51 Pegawai Eksekutif Maklumat (EIO) Top It Industries Sdn Bhd.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman memberitahu, kerajaan negeri Terengganu membuat keputusan berkenaan atas sebab-sebab tertentu dan telah menilai beberapa kriteria sebelum dimuktamadkan dalam keputusan mesyuarat Exco sebelum ini.

Katanya, kontrak 51 EIO yang tidak disambung itu kebanyakannya disebabkan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

 “Antaranya, hanya mempunyai sijil sedangkan EIO perlu sekurang-kurangnya memiliki diploma atau ijazah.

“Selain itu, ijazah yang dimiliki tiada kaitan dengan Sains Komputer,” ujarnya.

Tambah Ariffin, masalah displin juga turut diberi perhatian walaupun hanya segelintir yang terlibat.

“Inilah antara kriteria yang kita nilai sebelum membuat keputusan, walaupun ada yang membuat rayuan setakat ini, inilah keputusan yang telah diputuskan dalam mesyuarat Exco,” ujarnya.

Katanya, tindakan tersebut juga sebenarnya terpaksa diambil memandangkan bilangan EIO terlalu ramai iaitu hampir 400 orang.

Dalam pada itu, Ariffin turut berharap isu ini tidak lagi diperbesarkan oleh netizen kerana semuanya sudah jelas.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments