Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAHaniff Khatri amat terkejut kenyataan rasmi oleh Dong Zong sependek 8 baris...

Haniff Khatri amat terkejut kenyataan rasmi oleh Dong Zong sependek 8 baris pun gagal

Saya amat terkejut dan teramat bimbang dengan kandungan satu kenyataan rasmi bertarikh 27.12.2019 yang dikeluarkan bersama oleh Dong Zong dan Jao Zong, yang sedang tular di media sosial sejak semalam.

Saya tidak berhasrat pada ketika ini untuk membincangkan isu-isu perundangan yang muncul dan yang berkaitan dengan perolehan perintah halangan oleh pihak polis dari Mahkamah Majistret Kajang, juga pada hari semalam 27.12.2019, dan akan cuma dibincangkan pada masa lain, jika perlu, kelak.

Namun, isu penting yang perlu dibincangkan adalah apa yang dapat dilihat secara zahir, dalam keempat-empat penjuru kenyataan rasmi itu, yakni:

Bagaimanakah sebuah (mahupun dua buah) pertubuhan yang ditubuhkan di bawah undang-undang negara ini gagal untuk keluarkan satu kenyataan ringkas sependek lapan (8) baris yang mengandungi empat (4) ayat dan enam puluh sembilan (69) perkataan sahaja, dalam Bahasa Kebangsaan yang betul, tepat dan lengkap ???!!!

Kalaulah ini adalah hasil daripada kegagalan penggunaan Bahasa Kebangsaan oleh pihak yang memperjuangkan penggunaan Bahasa Ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar pengajian di sekolah-sekolah vernakular, maka bukankah sudah tiba masanya untuk rakyat sedar bahawa akibatnya adalah anak-anak Malaysia yang berketurunan Cina (dan India) tidak akan dapat peroleh kemahiran dan semestinya gagal dalam menjiwai Bahasa Kebangsaan di negara ini, selagi sekolah-sekolah vernakular masih degil dalam tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sana ???!!!

Bukankah “sudah terang lagi bersuluh” keperluan dalam perjuangan untuk seragamkan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar pengajian di kesemua sekolah di negara ini, demi mencapai hasrat untuk memperolehi perpaduan rakyat yang sejati, kerana : “Bahasa adalah jiwa bangsa !!!”

P/S “Pembetulan” pada poster “kenyataan rasmi” di Ruang Bawah bukan karya saya, namun usaha dan kandungannya harus diambil maklum !!

PP/S Pada hakikatnya, kedua-dua, ibu dan Allahyarham bapa saya, merupakan “imigren” dari Gujerat, iaitu sebuah negeri di barat laut India, negeri asal Mohanadas Karamchand Ghandi, namun, Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia, adalah “jiwa bangsa saya” !!

Berani kerana benar !!!

Demi agama dan negara tercints !!!

Haniff Khatri
28.12.2019 @ 1905

*Tuan Mohamed Haniff Khatri Abdulla adalah seorang peguam terkemuka negara.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments