Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAMenteri Pengajian Tinggi tinjau Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan

Menteri Pengajian Tinggi tinjau Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan

Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini memuatnaik perkongsian di laman Facebook rasmi miliknya berkenaan lawatan ke Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan (Distribution Centre) Yayasan Food Bank Malaysia.

Beliau turun padang untuk melihat sendiri stok makanan untuk diedarkan kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menurut beliau, antara stok makanan yang ada di pusat pengumpulan berkenaan adalah beras, gula, tepung gandum, minyak masak.

Turut dikumpul bersama adalah makanan sampingan seperti roti, biskut, mee segera, air berperisa dan makanan ringan malahan tuala wanita juga turut disediakan.

Saya telah melawat Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan (Distribution Centre) Yayasan Food Bank Malaysia bagi…

Dikirim oleh Dato' Dr. Noraini Ahmad pada Sabtu, 28 Maret 2020

Tambahnya lagi, bantuan bekalan makanan kering tambahan ini telah mula diedar ke beberapa IPT sejak 21 Mac lalu.

Di akhir perkongsian, beliau menyatakan penghargaan kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam menjayakan misi bantuan ini.–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments