Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAChe Ta tetap tampil bergaya dengan topeng muka bling-bling

Che Ta tetap tampil bergaya dengan topeng muka bling-bling

Dalam usaha melindungi diri dari dijangkiti wabak COVID-19, antara perkara wajib dipatuhi ialah dengan memakai topeng muka atau face mask.

Bermacam jenis topeng muka atau face mask dijual di pasaran pada ketika ini.

Ada face mask dari material pakai buang, ada pula yang boleh dicuci dan digunakan semula.

Bagi pelakon cantik Rozita Che Wan, dia selesa memilih face mask dari material kain.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai ialah topeng mukanya dijahit dengan perhiasan batuan berkilat lip lap lip lap!

Aduhai Che Ta! Memang imej glamour dan bergaya tidak boleh dipisahkan walaupun ianya hanya sekadar memakai topeng muka.

Yang seronoknya, anak dara Che Ta pun tidak mahu ketinggalan untuk menggayakan topeng muka lip lap seperti ibunya.

Menerusi laman media sosial Instagram @rozitachewan1, para peminat nyata menyukai topeng muka lip lap yang digayakan oleh Che Ta malah ada juga yang ingin mendapatkan topeng muka seperti itu.

Itulah Che Ta, memang pandai berhias ????????

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments