Thursday, November 19, 2026
HomeBERITACuci tandas sambil menyanyi, telatah Roy Azman sentiasa mencuit hati!

Cuci tandas sambil menyanyi, telatah Roy Azman sentiasa mencuit hati!

Hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia, bermacam ragam dan telatah yang dapat kita lihat terutama di platform media sosial.

Dalam mengisi masa 24 jam sehari di rumah, pelbagai aktiviti dapat dilakukan oleh masyarakat.

Menerusi laman media sosial Instagram @royazman30, pelakon versatile ini berkongsi video sedang membersihkan bilik air.

Apa yang menghiburkan netizen ialah sambil membersih bilik air, Roy Azman menyanyikan lagu Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

‘Begini kisahnya nasibku yang malang oh Tuhan,
Tak boleh bersenang lenang,
Berehat sekejap isteri dah meradang,
Kerja berat takut reput tulang…’

Apakah Roy Azman ikhlas atau ‘terpaksa’ melakukannya hanya kerana menurut arahan orang rumah? 😅

Memang sweet cara Roy Azman menyakat isterinya. Gurau gurau manja, apa salahnya kan! 😘

View this post on Instagram

#stayathome

A post shared by roy azman (@royazman30) on

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments