Tuesday, July 16, 2024
HomePOLITIKMB Perak luluskan peruntukan khas RM720,000 untuk menyediakan kotak makanan khas mengandungi...

MB Perak luluskan peruntukan khas RM720,000 untuk menyediakan kotak makanan khas mengandungi barangan keperluan asas

Ini pula berita baik untuk rakyat Perak.

Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan peruntukan khas berjumlah RM720,000 untuk menyediakan kotak makanan bagi mengurangkan beban golongan sasar yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sukacita dimaklumkan kerajaan negeri Perak telah meluluskan peruntukan khas berjumlah RM720,000 untuk menyediakan kotak makanan bagi mengurangkan beban golongan sasar yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan wabak Covid-19”, katanya menerusi satu kenyataan media.

Tambah beliau, bantuan sosial ini adalah inisiatif tambahan kerajaan negeri bagi membantu golongan yang memerlukan, khususnya mereka yang tidak dapat bekerja atau menjana pendapatan sepanjang pelaksanaan PKP selama 14 hari bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Bantuan kotak makanan yang mengandungi barangan keperluan asas ini akan diagihkan melalui Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil dalam masa terdekat.

• pemilihan penerima adalah atas budi bicara pihak Pejabat Daerah (fokus adalah mereka yang memerlukan dan gaji harian atau bekerja sendiri tapi tak dapat keluar bekerja sebab Perintah Kawalan Pergerakan)

• tiada proses permohonan, pihak Pejabat Daerah akan agihkan terus kepada penerima layak

• penerima sedia ada Program Kad Perak

Prihatin tidak termasuk sebab masih terus terima bantuan RM80/bulan untuk beli barangan asas.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah mengumumkan beberapa inisiatif bantuan khas bagi membantu golongan memerlukan di Perak, antaranya adalah bantuan sekali bayar (one-off) sebanyak RM500 kepada 4,000 penjaja dan peniaga kecil melalui Pihak Berkuasa Tempatan.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan khas bagi menanggung separuh daripada kos sewaan gerai makanan dan medan selera semua PBT selama dua bulan (Mac dan April).

Kerajaan negeri Perak juga akan menanggung bayaran selama tiga bulan (Mac hingga Mei 2020) antaranya :

• Bayaran Balik Tabung Usahawan dan Mikrokredit Yayasan Perak
• Bayaran Balik Rumah Harapan
• Pinjaman Pendidikan Negeri Perak
• Bayaran Sewa Bulanan Program Perumahan Rakyat Negeri Perak.

Selain daripada itu, kerajaan negeri juga memutuskan untuk menangguhkan pembayaran selama tiga bulan untuk Bayaran Sewa Beli Rancangan Perumahan Awam dan juga Bayaran Sewa Skim Pertapakan Kemudahan Asas (Mac hingga Mei 2020).

Semalam, Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato Azumu telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM420,000 bagi sumbangan makan tengahari dan makan malam selama 14 hari untuk 1,500 doktor, jururawat dan petugas kesihatan yang bertugas sebagai kakitangan barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan khas RM160,000 bagi pembelian peralatan tambahan Jabatan Kesihatan Negeri. Ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri di atas kerja keras dan pengorbanan warga Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Yang pasti pemilihan penerima adalah atas budi bicara pihak Pejabat Daerah (fokus adalah mereka yang memerlukan dan gaji harian atau bekerja sendiri tapi tak dapat keluar bekerja sebab Perintah Kawalan Pergerakan)

Tambah Menteri Besar Perak, tiada proses permohonan, pihak Pejabat Daerah akan agihkan terus kepada penerima layak

Penerima sedia ada Program Kad Perak Prihatin tidak termasuk sebab masih terus terima bantuan RM80/bulan untuk beli barangan asas. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments