Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITATERKINIBerita kononnya helikopter tentera khas akan menyembur racun perosak terhadap virus Corona...

Berita kononnya helikopter tentera khas akan menyembur racun perosak terhadap virus Corona di langit seluruh negara adalah tidak benar – PAT

Penularan berita palsu Covid-19.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM menegaskan bahawa berita yang sedang tular berkaitan “helikopter tentera khas akan menyembur racun perosak terhadap virus Corona di langit seluruh negara..” (serta dalam versi Bahasa Inggeris) adalah merupakan berita palsu dan semua pihak diminta berhenti menyebarkan serta merta.

Tambah Tan Sri Affendi, walaupun berita palsu ini tidak menyatakan dengan jelas helikopter milik perkhidmatan samada Tentera Darat, Laut dan Udara, namun penggunaan perkataan “tentera” atau “military” serta hebahan maklumat yang tidak benar boleh mencetuskan suasana panik di kalangan masyarakat.

Berikut ayat tular dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Tambahan ketika ini negara sedang dilanda isu wabak covid-19.

Tegasnya, adalah diingatkan mana mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

PENULARAN BERITA PALSU COVID-19KUALA LUMPUR, 19 Mac 2020 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj…

Dikirim oleh Markas Angkatan Tentera Malaysia pada Rabu, 18 Maret 2020

Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita yang boleh mencetuskan kebimbangan.

Dapatkan maklumat COVID-19 yang sahih daripada talian Hotline Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebarang perkembangan terkini juga turut dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) – https://t.me/MKNRasmi

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments