Thursday, July 11, 2024
HomeBERITABantuan cuti tanpa gaji akan dimohon oleh majikan bagi pihak pekerja

Bantuan cuti tanpa gaji akan dimohon oleh majikan bagi pihak pekerja

Mungkin terdapat segelintir masyarakat yang masih belum faham atau tidak mengetahui bagaimana caranya untuk memohon bantuan cuti tanpa gaji yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

Justeru itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali tampil memperjelaskan lebih lanjut permohonan bantuan khas terbabit.

“Untuk pengetahuan rakyat bahawa anda yang diberi notis cuti tanpa gaji oleh majikan tidak perlu memohon kerana bantuan tersebut akan disalurkan terus ke akaun bank anda oleh majikan masing-masing.

“Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memohon bagi pihak pekerja mereka.

“Majikan akan menerima bayaran dari PERKESO dan wajib mengkreditkan RM600 tersebut ke dalam akaun pekerja dalam tempoh tujuh hari.

“Juga diingatkan, mereka yang layak menerima bantuan ini adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020.

“Ianya juga layak kepada pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan,” ulas beliau lebih lanjut.

Menteri Kanan MITI itu juga menyarankan kepada orang ramai yang masih mempunyai keraguan atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus pihak PERKESO di talian, emel dan link yang tertera.

Talian : 1-300-22-8000

Emel : perkeso@perkeso.gov.my

Aduan : https://www.facebook.com/PERKESO.Official/

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceAzmin Ali
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments