Wednesday, July 17, 2024
HomeBERITAMalaysia-Thailand sasar dagangan dua hala 30B dolar menjelang 2025

Malaysia-Thailand sasar dagangan dua hala 30B dolar menjelang 2025

Malaysia mahu perkukuh lagi kerjasama ekonomi dengan Thailand bagi merealisasikan sasaran dagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion menjelang 2025.

Demikian kata Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.

Katanya terdapat perkembangan ekonomi di kawasan ini selepas era pasca-COVID-19 .

Sehubungan itu, beliau turut mempelawa syarikat dan organisasi Thailand untuk menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2022) yang akan diadakan pada September.

Memetik laporan Bernama, beliau turut menggesa peserta industri untuk mengukuhkan kerjasama dengan menjalinkan lebih banyak kerjasama bagi merangsang pertumbuhan perdagangan sempadan Malaysia-Thailand.

Pada Selasa, Jojie turut mengadakan sesi libat urus dengan Jabatan Kemajuan Ternakan (DLD) dan Dewan Perniagaan Songkhla.

Sempena kunjungan itu, Jojie turut dijadual melawat kemudahan Karex Bhd, pembuat kondom terbesar dunia di Hatyai, Top Glove Medical Co. Ltd di Sadao dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Bukit Kayu Hitam pada Rabu.

Selain itu, beliau akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan, Laksamana Muda Somkeart Ponprayoon di Yala dan melawat Ladang Ketam Chok Udomrat di Pattani pada Khamis.

Pada Jumaat pula beliau dijadual membuat kunjungan hormat ke atas Gabenor Narathiwat, Sanan Pongaksorn dan melawat Jambatan Persahabatan merentasi Sungai Golok dan Rantau Panjang.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments