Friday, October 4, 2024
HomeBERITAi sinar khas dibayar lebih awal, mulai esok - Tengku Zafrul

i sinar khas dibayar lebih awal, mulai esok – Tengku Zafrul

Berita baik buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang memohon pengeluaran khas KWSP.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sebentar tadi mengumumkanĀ  pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumum sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan beliau dalam satu petikan video di Facebook rasmi beliau.

“Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri #KeluargaMalaysia, InsyaAllah,” katanya.

Terdahulu ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, serta perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun Dua mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun Satu.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments