Friday, May 24, 2024
HomeBERITANajib kecewa, sakit hati, Samsuri kata dokumen sampah

Najib kecewa, sakit hati, Samsuri kata dokumen sampah

“Sekiranya sahih, ianya sangat mengecewakan.

Sakit hati saya,”.

Demikian reaksi bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak susulan suatu laporan didakwa berkisar kepada risikan pemimpin-pemimpin PAS bagi menyediakan pilihan untuk strategi PAS berhadapan dengan PRU.

Dalam hantaran terbaharu itu, Dato’ Seri Najib telah berkongsi status yang ditulis Dato’ Seri Shahrir Samad yang turut mengulas panjang berkenaan isu sama.

Berikut petikan hantaran itu.

Terdahulu Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah menafikan wujudnya pakatan pemimpin tertinggi PAS bersama parti lain untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sebagaimana tercatat dalam beberapa dokumen yang tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu menyifatkan dokumen yang ditularkan itu sebagai ‘sampah’ dan tidak perlu dipercayai kerana dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

“Dokumen sampah macam itu pun ada orang percaya juga ke, …saya buat gelak sahaja benda itu (dan) tidak benar, itu entah datang dari mana, benda-benda sampah bagi saya,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Persediaan dan Pendahuluan Diri Penerima Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu Ke Luar Negara 2022 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Ketika ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan undang-undang, Datuk Seri Ahmad Samsuri berkata, isu berkenaan tidak wajar dilayan apatah lagi proses perundangan itu sendiri agak rumit.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments